INFAQ KEBAJIKAN KOTA RAJA CARE DENGAN KERJASAMA YAYASAN AMAL SELANGOR

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PARLIMEN KOTA RAJA & YAYASAN AMAL MALAYSIA
Dana kutipan ini bertujuan untuk membantu Saudara muslim dan bukan muslim kita yang dalam kesusahan kerana ditimpa penyakit dan masalah kesihatan. Ramai saudara kita yang tidak mampu membiayai kos perubatan mereka. Bantulah semampunya
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Semoga tuan/puan dalam keadaan sihat walafiat dan dalam lindungan Allah SWT.
“Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya didunia dan akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia. Anda boleh layari website kami di alamat