PERTUBUHAN KEBAJIKAN PARLIMEN KOTA RAJA & YAYASAN AMAL MALAYSIA
INFAQ 25 RAMADAN 2022 AMBULAN AMAL UNTUK SAUDARA KITA YANG MEMERLUKAN. SEMOGA TUAN PUAN PARA DERMAWAN DITEMUKAN DENGAN MALAM LAILATUL QADR TAHUN INI.
Niatkan sedekah & wakaf kepada ibu bapa & yang tersayang
"Ya Allah aku wakafkan hartaku dan niat pahala tersebut atas nama kedua ibu bapaku pada bulan Ramadan yang Engkau Muliakan ini"
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
Semoga Tuan/Puan dermawan dalam keadaan sihat kehendak-Nya.
Kami Yayasan Amal Selangor ingin membuka peluang Tuan/Puan untuk bersama menginfaq ambulan bagi membantu sesiapa yang memerlukan.
Jasa Tuan/Puan dermawan amatlah kami hargai. Semoga setiap titik yang diinfaq menjadi asbab pahala Tuan/Puan dibulan mulia ini.
“Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya didunia dan akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Untuk pengetahuan Tuan/Puan khidmat Ambulan Amal ini bertujuan memberikan khidmat berasaskan kebajikan dan juga mengambil kira kemampuan pelanggan. Jadi, dengan infaq Tuan/Puan ini dapat meringankan sedikit beban bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk menggunakan khidmat ambulan.
Update Terkini Yayasan Amal - Selangor
KHIDMAT FARDHU KIFAYAH AMBULAN AMAL KRCAMALSELANGOR
Alhamdulillah selesai tugasan fardu kifayah menguruskan jenazah dari HTAR ke Masjid Badriah Batu 12 Kapar, Klang.
Jenazah meninggal disebabkan kemalangan jalan raya dan meninggalkan seorang isteri dan 3 anak yatim. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham. Sedikit sumbangan juga turut diserahkan kepada keluarga ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Selain itu, kami menjalankan bantuan kepada mereka yang memerlukan ambulan ini untuk pengurusan ke hospital.
Gambar tersebut merujuk pakcik ini menghidap sakit kanser dan menggunakan khidmat ambulan amal bagi penghantaran kes rujukan HKL.
Berdasarkan gambar tersebut pesakit ini keluar hospital dan pihak keluarga tersebut memutuskan ingin menghantar balik ke kampung halaman dari Salak Tinggi Sepang ke Bachok, Kelantan.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian di poster dan boleh menempah untuk menggunakan khidmat kami.
Marilah kita memberi sedikit bantuan supaya urusan mereka dipermudahkan. Semoga setiap kebaikan yang Tuan/Puan lakukan menjadi saham akhirat kelak.
Begitulah sedikit sebanyak update terkini untuk Yayasan Amal Selangor. Untuk update lain, Tuan/Puan boleh rujuk facebook kami Yayasan Amal Malaysia.
SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI TUAN/PUAN, DIPANJANGKAN UMUR DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
Terima kasih kerana bersama-sama Yayasan Amal Malaysia dalam menyantuni saudara - saudara kita yang sangat memerlukan sokongan kita walau dari jauh, walau dari rumah anda. Setiap sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.
Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia. Anda boleh layari website kami di alamat
www.amalmalaysia.org.my | www.facebook.com/amalmalaysia