Akaun yayasanamalselangor.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KEMPEN SUMBANGAN IKHLAS KATIL HOSPITAL ANJURAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOTA RAJA CARE (KRC) & YAM

KEMPEN SUMBANGAN IKHLAS KATIL HOSPITAL ANJURAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOTA RAJA CARE (KRC) & YAM

PERTUBUHAN KEBAJIKAN PARLIMEN KOTA RAJA & YAYASAN AMAL MALAYSIA


Dana kutipan ini bertujuan untuk membantu pesakit kita yang membuat permohonan tidak mampu memiliki katil hospital di rumah. 


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Semoga tuan/puan dalam keadaan sihat walafiat dan dalam lindungan Allah SWT.


Jumaat 1 Julai merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah tuan/puan bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?

Sabda Rasulullah:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‌‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‌‏.‏

“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.

(HR al-Bukhari)


Kami Yayasan Amal Selangor ingin membuka peluang Tuan/Puan untuk bersama membuat dana ikhlas bagi membantu sesiapa yang memerlukan.


Jasa Tuan/Puan dermawan amatlah kami hargai. Semoga setiap titik yang diinfaq menjadi asbab pahala Tuan/Puan.


“Barangsiapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya didunia dan akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Untuk pengetahuan Tuan/Puan khidmat Katil Hospital ini bertujuan memberikan khidmat berasaskan kebajikan dan juga mengambil kira kemampuan pelanggan. Jadi, dengan infaq Tuan/Puan ini dapat meringankan sedikit beban bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk menggunakan khidmat katil hospital.


ANGGARAN KATIL DIPERLUKAN

10-15 UNIT SEBULAN


Katil terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

1. Manual RM1500
2. Elektrik RM3000

Jadi, dengan adanya dana ini dapat membantu serba sedikit pesakit yang tidak mampu memiliki katil hospital. Seterusnya kita dapat menunaikan hajat pesakit untuk dirawat dari rumah kerana suasana di hospital berbeza dengan di rumah. 



Update terkini aktiviti 

KEBAJIKAN KOTA RAJA CARE (KRC)



Katil Yang ini kami hantar ke rumah seorang Pemohon Di Taman Kapar Indah Klang.


Untuk Kegunaan Puan Fauziah bt Arsat. Beliau kini terlantar disebabkan oleh sakit kanser. Pihak kami selain menghantar sumbangan katil hospital, juga membawa ibu pesakit ke Institut Kanser Negara IKN di Putrajaya.



Penghantaran Dan pemasangan Katil Hospital ini kepada keluarga Sdr Ramli Samsuddin Yang tinggal Di Lorong Universiti Jalan Kebun. Sdr Ramli kini mengalami stroke dan memerlukan katil ini bagi memudahkan penjagaan beliau.




Katil ini di hantar kepada Ibu Pinas Samerah di Jalan Murai Sijangkang Teluk Panglima Garang.

Ibu Puan Samirah berusia 61 tahun, Bekas nurse di Hospital Banting kini mengalami stroke. Beliau dijaga Oleh Puan Samirah dan keluarganya.



Gambar dibawah merujuk banyak aktiviti dijalankan bagi membantu pemohon katil hospital.






Permohonan untuk Bantuan Katil Hospital sekarang meningkat dengan sangat ketara. Kami terpaksa adakan bank data bagi memastikan permohonan mengikut urutan.

Mohon doa dari tuan/puan agar perancangan koloborasi dengan beberapa pihak untuk membantu KRC segera mengisikan Tabung Waqaf Katil Hospital ini berhasil. Sebagai Pengerusi KRC, InsyaAllah kami akan berbuat segala yang mampu untuk menggembirakan pemohon dan membantu mereka.

Selain itu, kami juga menyediakan kenderaan iaitu Perodua Alza KRCAMALSELANGOR untuk memberi khidmat menghantar pesakit bagi mereka yang tak mampu.








Marilah kita memberi sedikit bantuan supaya urusan mereka dipermudahkan. Semoga setiap kebaikan yang Tuan/Puan lakukan menjadi saham akhirat kelak.

Begitulah sedikit sebanyak update terkini untuk Yayasan Amal Selangor. Untuk update lain, Tuan/Puan boleh rujuk facebook kami.

https://www.facebook.com/mohdyusof.abdullah.3

SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN REZEKI TUAN/PUAN, DIPANJANGKAN UMUR DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.

Terima kasih kerana bersama-sama Yayasan Amal Malaysia dalam menyantuni saudara - saudara kita yang sangat memerlukan sokongan kita walau dari jauh, walau dari rumah anda. Setiap sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.

Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat

www.amalmalaysia.org.my  | www.facebook.com/amalselangor